SELAMAT DATANG ke Idaman Beach Holiday!
Terdapat juga kemudahan kedai runcit, surau dan ruang pantai yang luas untuk bersiar-siar sambil menikmati desiran ombak. Bagi mereka yang ingin menikmati suasana air yang jernih membiru sambil menikmati suasana matahari tenggelam, menginap di Idaman Beach Holiday resort adalah yang paling sesuai.
Pulau Tioman terletak di Laut Cina Selatan, Semenanjung Malaysia. Jarak dari Terminal Jeti Mersing hampir 1 jam 20 minit perjalanan menaiki feri. Sepanjang perjalanan menaiki feri ni, boleh menikmati suasana pemandangan indah lautan dan pulau-pulau yang berhampiran.
Pantai Idaman Beach Holiday yang berada di Kg Genting adalah unik kerana mempunyai pantai berpasir untuk riadah dan santai. Suasana tenang dan damai memberikan keseronokan percutian.
Dengan kemudahan asas yang ada disini, Idaman Beach Holiday menawarkan kemudahan pakej berkumpulan anjuran pihak organisasi seperti IPTA/S, agensi kerajaan atau swasta sekiranya berminat untuk mengadakan aktiviti kursus atau seminar.
Pakej yang diusulkan sesuai untuk mereka yang berminat untuk pergi memancing,
meredah hutan, sukan riadah, menyelam dan aktiviti
snorkeling melihat karang laut. Bersesuaian dengan Pulau Tioman yang terkenal sebagai antara 10 pulau
tercantik di dunia, pelawat akan menikmati keindahan alam yang terbaik di
Idaman Beach Holiday.
|
|
|
|
| Deretan Chalet Idaman Beach Holiday | Bilik chalet yang lengkap dengan penghawa dingin dan perabot | |
|
|
|
|
| Bersiaran santai di pantai berpasir Idaman Beach Holiday | Kemudahan Bilik berkumpul untuk program kursus & seminar |
Bagaimana ke Idaman Beach Holiday, Kg Genting
| Berkereta |
|
| Bas |
|
Pertukaran - Setelah tiba di Jeti Mersing ke Pulau Tioman : lebihkurang 1 jam 20 minit menaiki feri .
terbaru
02hb Feb 09
Maklumat harga terbaru. Rujuk Kadar Pakej.
Menerima tempahan
Pengunjung boleh datang dan melawat Idaman Beach Holiday setelah musim monsun berlalu. Tempahan sudah mula dibuka sekarang untuk penginapan bermula Mac 2009.
Bagaimana ...
untuk ke Pulau Tioman dan seterusnya ke Idaman Beach Holiday, sila klik disini...
Cadangan Pakej
Idaman mencadangkan pakej 3Hari 2Malam yang terbaik rujuk itinenari pakej atau lihat pakej.